• SENJA 21 SEPTEMBER 2006

    Senja terakhir itu
    kupandang teduh matamu
    kukucup tangan tuamu
    ada seribu garis usia di situ
    tak setitik airmata jatuh
    kerana kurasa kita akan bertemu lagi.

    Tampangmu masih kuingat
    Gerak gayamu
    Desis serak suaramu
    Baru kini kutahu aku rindu padamu
    Kini baru kusedar aku sayang padamu
    Baru kini jernih mataku gugur
    Kerana baru kutahu kita tidak bersua lagi
    selepas senja terakhir itu.

    Terkenangmu.
    Airmataku luruh.
    Hatiku rapuh.


0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »