• HIKAYAT CINTA


                      (Puisi ini tersiar di Komik Al-Fityan PMRAM, edisi Cinta, bil. III/2010)


    Pesta cinta Februari itu hanya
    riwayat berdarah seorang Saint Valentine
    menjalin ikatan cinta teruna dara
    dalam kejam mandat Claudius II
    lalu itulah kebanggaan anak-anak kita.

    Begitu dongeng seorang Monalisa
    gadis kanvas yang dilihat ayu namun
    cuma dirauti senyum kering tak bercahaya.

    Demikian dendang
    syair cinta Shakespeare yang jelek
    dalam kasih berahi Romeo Juliet
    tatkala cangkir racun saksi maut cinta bertamu.

    Persis dongeng
    syirik Adam dan Eve di syurga
    dicampak ke dunia
    kerana kilatan sebiji epal.

    Janganlah dicicip
    madu cinta karut Uda dan Dara
    hingga ke liang pusara
    merela sebuah maut dalam dakapan desah rindu.

    Usirlah cinta gila
    si Laila dan Majnun yang
    melumat satu kehormatan cinta manusia.

    Kehidupan itu menemukan
    beribu-ribu cinta
    dalam paut nafsu haru-biru jiwa hamba
    yang mencarik susila agama
    yang mencemar duli syariat.

    Mari kita ubah haluan kemudi cinta itu
    agar menyusur ke tasik mardhatillah
    dari cinta yang dihempas
    ombak durjana asmara.


    Si Kandil Hijau,
    Februari 2010,

     Qasr el-Syarif.

6 Lintasan Hati :

  1. Tanpa Nama berkata...

    x faham2....x da bhsa mudah lgi ka,,,,,,

  2. Aku impikan cinta wanita 'afifah
    Inginkan aku kerana inginkan rahmat tuhan.....

  3. Zaher berkata...

    saya amat2 tidak mengeti maksudnya...

  4. tanpa nama: x paham sudah.


    yus_anakmelayu: insyaallah wanita seperti itu.


    aqih: buka kamus.

  5. best2 puitis sungguh kakak saya bermadah:)

  6. puisi kulit belakang komik fityan 3..huhu! puitis la sgt...dah kena hntam dgn seseorang tau..

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »