• PUISI SEBUAH MERDEKA

    (Puisi ini tersiar di Majalah Tunas Cipta, November 2011)

    Puisi ini cuma pekikan suara jiwa
    dalam dunia teknologi yang
    telah memunah-ranah
    senilai kemanusiaan
    yang telah menghancur luluh
    berkeping-keping nilai budi kita.

    Anak-anak merdeka kini cuma
    senang dalam derita pejuang
    aman dalam tumpah airmata pahlawan.
    Lalu hilang inderakah anak-anak ini
    bila darjat bangsa dipajak zina
    menjual agama dengan ghairah
    tanpa silu!

    Anak-anak merdeka,
    cicip sebentar derita Datuk Bahaman
    menepis fitnah digelar penderhaka
    kerana legam hati Inggeris.
    Remuk hati seorang Maharajalela Pasir Salak
    dijerut tali gantung kerana sumpah janji dikota
    atas khianat raja dan bangsa sendiri.
    Mat Kilau yang mati tanpa nisan
    rupanya lari mempertahan maruah pahlawan diri.
    Memunggah cerita berdarah Tok Janggut
    digantung pamer menunggu detik
    tersungkur di tanah ini.

    Derita juang peribumi ini tak pernah bernoktah
    selagi makna merdeka
    cuma jadi puing-puing
    yang dipijak  lalu relah
    membenam sebuah merdeka sebenar.

    Zuhaida,
    Qasr el-Syarif,
    Kota  Iskandariah.

2 Lintasan Hati :

  1. nahwanNur berkata...

    Assalamu'alaikum ukht,

    MasyaALLAH tabarakallahu wa ahsanul khaliqin.

    SubhanALLAH sungguh indah tari kata nti.

    Salam ukhwah :)

  2. Salam Ukkuwah Nahwan Nur ;)

    Biiznillah, dengan ilham dariNya jua.

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »