(Puisi ini tersiar di Majalah Tunas Cipta, November 2011)
Puisi
ini cuma pekikan suara jiwa
dalam
dunia teknologi yang
telah
memunah-ranah
senilai kemanusiaan
yang telah menghancur
luluh
berkeping-keping nilai
budi kita.
Anak-anak merdeka kini
cuma
senang dalam derita
pejuang
aman dalam tumpah
airmata pahlawan.
Lalu hilang inderakah
anak-anak ini
bila darjat bangsa
dipajak zina
menjual agama dengan
ghairah
tanpa silu!
Anak-anak merdeka,
cicip sebentar derita
Datuk Bahaman
menepis fitnah digelar
penderhaka
kerana legam hati Inggeris.
Remuk hati seorang
Maharajalela Pasir Salak
dijerut tali gantung
kerana sumpah janji dikota
atas khianat raja dan
bangsa sendiri.
Mat Kilau yang mati
tanpa nisan
rupanya lari mempertahan
maruah pahlawan diri.
Memunggah cerita
berdarah Tok Janggut
digantung pamer menunggu
detik
tersungkur di tanah ini.
Derita juang peribumi
ini tak pernah bernoktah
selagi makna merdeka
cuma jadi puing-puing
yang dipijak lalu
relah
membenam sebuah merdeka
sebenar.
Zuhaida,
Qasr el-Syarif,
Assalamu'alaikum ukht,
MasyaALLAH tabarakallahu wa ahsanul khaliqin.
SubhanALLAH sungguh indah tari kata nti.
Salam ukhwah :)
Salam Ukkuwah Nahwan Nur ;)
Biiznillah, dengan ilham dariNya jua.