• KAUKAH ITU GAGAL?

    Kaukah itu yang cuba mengintai
    lewat dia di kerusi malas
    lalu dibiarkan terus bergoyang lalai.
    Saat mata mula didatangi kantuk
    kerusi malas itu kian perlahan
    dia didodoi lelap mimpi siang itu.

    Kau jugakah itu
    yang acapkali menjengul wajah
    saat dia jaga dari mimpi siang
    lalu kerusi malas itu ditinggalkan
    bersama kesan di hati.
    Bila dalam mimpi itu dia jatuh tersungkur
    lalu menangis hiba di balik kegagalan.
    Itulah engkau!

    Dikepal azam sebesar kawah.
    Janjinya pada diri
    tidak mahu rebah di jalanan lagi
    lalu mula mendaki semangat.
    Kental!
    Saat itu dia bertikam ujian.
    Dicantas semua
    walau kadangkala harapan seakan goyah.
    Tidak mungkin dia tewas!

    Tapi itukah engkau kegagalan
    yang masih terus mengekorinya
    tanpa membiarkan
    kejayaan untuknya
    walau sekali!



    Si Kandil Hijau,
    Kota Iskandariah.

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »