• Kenangan RM200


    Setelah beberapa lama, saya kembali diberi kekuatan untuk menulis. Terlalu lama dibiarkan jidar ini kering tanpa dakwat. Saya masih dalam tempoh berkabung . Sedar-sedar sudah sebulan lebih wan (datuk lelaki) pergi. Tanpa pamitan untuk saya.


    Saya terkilan sebenarnya. Terlalu terkilan kerana tiada kesempatan untuk menatap wajah wan di saat-saat akhir. Tapi saya bangga kerana jenazahnya seratus peratus diuruskan oleh anak cucunya sendiri. Dan saya sekali lagi terkilan di sini kerana saya tiada bakti untuknya. Dalam ramai anak cucunya, hanya saya yang tidak bertemunya tika nyawanya dicabut. Dan jika diizinkan Allah, moga rohnya boleh ke perjejakan ini menziarahi saya…amin Ya Rabb!


    Saya paling rasa terharu apabila teringat kembali detik terakhir sebelum dia dimasukkan ke hospital ketika tenat, dia sempat mengirimkan emak RM200 untuk saya. Tidak pernah saya sangka, itu wang terakhirnya untuk saya. Dalam diam dia teringatkan saya. Barangkali dia sendiri dapat merasakan selepas ini tiada kesempatan untuknya bertemu saya. Maka cuma RM 200 itu untuk saya mengenangnya andai dia sudah tiada.


    Saya masih terkenangkannya hatta ketika saya tidur kadangkala. Teringat setiap gerak-gerinya. Kadang-kadang masih terngiang-ngiang suara dan batuk-batuk kecilnya. Masih terbayang kerlingan mata tuanya pada saya. Saya tiada banyak kenangan bersamanya. Cuma kepingan-kepingan gambar yang sempat diambil bersama ahli keluarga yang lain setiap kali hari raya tiba. Selepas ini Aidilfitri dan Aidiladha kami akan terus sepi tanpa wan.

1 Lintasan Hati :

  1. Tanpa Nama berkata...

    kak pun selalu dok teringat kat wan, terbayang-bayang muka dia masa lepas habis nyawa, kak penang dagu dia tunggu mak cari kain nak ikat, cium dahi dia...adeehhh...kak ni dah la sensetip...basah bilik abang halim ni sat gi!

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »