• Hebatnya Seorang Uwais

    Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan kepada dua sahabat karib baginda, iaitu Saidina Umar Al-Khattab dan Ali bin Ali Talib tentang seorang pemuda bernama Uwais Qorni yang memiliki cirri-ciri keistimewaan sehingga baginda meminta kedua-dua sahabatnya itu pergi menemui Uwais Al-Qorni.

    Uwais Qorni tinggal di negeri Yaman yang letaknya jauh dari Bandar Madinah. Semasa beliau dilahirkan, nabi Muhammad S.A.W telah wafat. Oleh itu, beliau tidak pernah berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W apatah lagi menatap wajah baginda. Tetapi nabi Muhammad sudah menyebut namanya dan menerangkan sifat-sifat peribadinya dengan terperinci sebelum beliau dilahirkan lagi.

    Baginda S.A.W telah berpesan kepada Saidina Umar dan Saidina Ali supaya pergi bertemu dengan Uwais kerana beliau adalah antara orang yang doa-doanya dimakbulkan Allah S.W.T. Tambahan lagi pada hari kiamat nanti semasa penghuni syurga diseru supaya segera masuk ke dalam syurga, beliau akan diminta menunggu sebentar supaya beliau dapat memberi bantuan kepada manusia-manusia lain yang kurang pahalanya. Dengan bantuan Uwais, dapatlah mereka itu masuk syurga.

    Selepas beberapa ketika, demi menunaikan permintaan baginda yang telah wafat, Saidina Umar dan Saidina Ali mencari-cari pemuda bernama Uwais Qorni. Pada setiap kali musim haji, mereka berdua akan sibuk melayan rombongan haji terutamanya yang datang dari negeri Yaman. Mereka mengambil kesempatan itu untuk mencari-cari Uwais Qorni di tengah-tengah jemaah haji yang datang ke Mekah.

    Pada suatu musim haji, Saidina Umar dimaklumkan tentang kedatangan jemaah haji dari Yaman. Dia segera ke tempat perkumpulan jemaah haji Yaman dan mendapati Saidina Ali sudah pun brada di sana dan sedang bertanya kepada ketua jemaah haji Yaman. “Adakah sesiapa lagi yang masih tertinggal daripada kumpulan ini selain daripada tuan-tuan?” Tanya Saidina Ali.

    “Tidak ada sesiapa yang tertinggal di kalangan kami ini kecuali seorang pemuda, tuan. Pemuda itu miskin dan bekerja sebagai pengembala kambing kami. Dia diberi upah sebnayak empat dirham sahaja. Saya rasa tuan tidak ada apa-apa urusa dengannya” jelas ketua kumpulan itu.

    Mendengar kata-kata itu, Saidina Umar bertanya: “Adakah pemuda itu berambut perang kemerah-merahan, berdada bidang, sederhana tingginya, berkulit sawo matang dan sentiasa menundukkan kepalanya?”

    “Ya, tuan menyebutkan sifat-sifatnya dengan tepat.adakah tuan berdua pernah bertemu dengannya?” balas ketua jemaah itu kehairanan.

    Saidina Umar dan Saidina Ali terus beredar untukmendapatkan pemuda yang dimaksudkan. Mereka pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh jemaah haji Yaman iaitu tempat pemuda pengembala kambing itu berada. Akhirnya mereka berdua tiba di sebuah lembah bernama Jabal Abu Kubais dan segera mendapatkan pemuda yang dimaksudkan.

    Setelah memberi salam kepada pemuda itu, Saidina Umar pun bertanya: “Siapakah tuan?”.
    “Saya pengembala kambing” jawab pemuda itu.
    “Itu pekejaan yang baik. Siapakah nama tuan?” Tanya Saidina Umar lagi.
    Jawabnya: “Saya Abdullah (hamba Allah)”.
    “Semua penduduk di langit dan di bumi adalah hamba Allah. Kami ingin tahu apakah nama tuan yang sebenarnya?” Kata Saidina Ali pula.
    “Apakah maksud sebenar tuan-tuan berdua?” Tanya pemuda itu kepada Saidina Umar dan Saidina Ali.

    Saidina Umar dan Saidina Ali menceritakan perkara sebenarnya khususnya apa yang telah disebutkan oleh baginda S.A.W tentang pemuda bernama Uwais Qorni. Setelah diselidiki, sahlah pemuda itu adalah Uwais Qorni. Saidina Umar dan Saidina Ali meminta Uwais supaya berdoa kepada Allah untuk mengampunkan kesalahan-kesalahan mereka.

    “Saya tidak pernah memohon doa secara khusus untuk sesiapa. Saya memohon doa untuk semua orang Islam” kata Uwais.
    “Siapakah tuan berdua?” Tanya Uwais selanjutnya.
    “Ini Umar dan saya Ali bin Abu Talib” Jawab Saidina Ali.
    “Ajarlah kepada kami..” kata Saidina Umar.
    “Usahalah bagi mendapat kasih saying Allah semasa melaksanakan perintah-Nya. Moga tuan-tuan dikasihi-Nya” balas Uwais.

    “Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan tentang diri tuan kepada kami bahawa Uwais adalah sebaik-baik tabi’ien.bagaimanakan tuan dapat mencapai kemuliaan ini?” Tanya Saidina Umar.
    “Tuan beruntung berpeluang bersahabat dengan Nabi Muhammad S.A.W. Tuan berbahagia dapat melihat baginda. Saya tidak menikmati keistimewaan seperti itu. Saya hanya melihat baginda menggunakan hati saya. Manakala tuan-tuan dapat memandangnya dengan mata kepalasendiri.saya hidup dengan rasa takut kepada Allah seperti sya takut pada dosa membunuh seluruh manusia…” jelas Uwais Qorni.

    Sesudah lama berbual, Saidina Umar menghulurkan pakaian dan wang kepda Uwais tetapi dia menolaknya. “Apa guna pakaian dan wang untuk orang seperti saya. Tuan nampak pakaian saya hanya diperbuat daripada bulu kambing sahaja.daripada upah saya yang sebanyak empat dirham, tuan kira berapa lama saya membelanjakannya? Dunia ini banyak dugaannya. Takutlah kepada hari kiamat di mana pada hari itu harta dan keluarga tidak dapat membantu kita” jelas Uwais Al-Qorni.

    Uwais tidak mahu bercakap lama dengan Saidina Umar dan Saidina Ali walaupun kedua-duanya adalah sahabat baginda. Beliau lebih suka menumpukan masanya mendekatkan diri kepada Allah. Setiap kata-kata beliau mengandungi nasihat dan petunjuk yang berguna kepada seluruh kaum muslimin seluruhnya.

    Nama Uwais Al-Qorni amat dikenali oleh masyarakat Islam sehingga kini, hinggakan ada bayi dilahirkan diberi nama Uwais Qorni. Kita ingin mencontohi Uwais Qorni kerana , namanya dikenali di langit,disebut-sebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dan mendapat penghormatan dari kalangan para sahabat baginda serta kaum muslimin hingga ke akhir zaman kini.

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »