• SETULUS CINTA


    Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan? Ini kerana hal yang terindah di dunia tidak terlihat. Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sejalan dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA.

    Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan tetapi melepaskan bukan pengakhiran dunia. Ia adalah awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah dan sedang mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.


    Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia. Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum dan berkata : "Aku turut bahagia untuk kamu".


    Apabila cinta tidak bertemu, bebaskan dirimu, biarkan hatimu kembali ke alam bebas lagi. Kamu mungkin menyedari bahawa kamu menemui cinta dan kehilangannya. Tetapi ketika cinta itu mati kamu tidak perlu mati bersama cinta itu. Orang yang bahagia bukanlah orang yang selalu mendapatkan keinginannya, tetapi mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh. Entah bagaimana perjalanan kehidupan, kamu lebih banyak belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Cintamu akan tetap dihatinya sebagai penghargaan abadi atas pilihan-pilihan hidup yang telah kamu buat.
    Teman sejati akan mengerti ketika kamu berkata: "Aku lupa..",
    Menunggu selamanya ketika kamu berkata: "Tunggu sebentar..",
    Tetap ada ketika kamu berkata "Tinggalkan aku sendiri..",
    Membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan belum berkata "Bolehkah saya masuk?"


    Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan tetapi bagaimana kamu memaafkan. Bukanlah bagaimana kamu mendengar tetapi bagaimana kamu mengerti. Bukanlah apa yang kamu lihat tetapi apa yang kamu rasa. Bukanlah bagaimana kamu melepaskan tetapi bagaimana kamu bertahan.


    Lebih menyakitkan menangis dalam hati daripada menangis tersedu atau mengadu. Airmata yang keluar dapat dihapus sementara airmata yang tersembunyi mengguriskan luka di hatimu yang tidak akan pernah hilang.


    Sayang dalam cinta, kita amat jarang peduli tapi ketika cinta itu tulus meskipun kau acuhkan, cinta tetap mulia dan kamu seharusnya berbahagia kerana hatimu tetap mencintai seseorang yang kau sayang.


    Meskipun akan tiba saatnya yang mana kamu harus berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita tetapi kerana kita menyedari orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Namun apabila kau benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia apabila dia tidak membalasmu. Barangkali dia tengah ragu-ragu dan mencari. Jangan percaya bahawa melepaskan bererti kamu benar-benar mencintai tanpa suatu balasan. Mengapa tidak berjuang demi cintamu? Mungkin itulah cinta sejatimu.


    Kadangkala orang yang paling banyak mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cinta padamu kerana takut kau berpaling dan memberi jarak. Dan saat ia pergi, kau akan menyedari ia adalah cinta yang tidak kamu sedari. Maka mengapa kau tidak mengungkapkan cintamu apabila kau memang mencintainya meskipun kau tidak tahu apakah cinta itu juga ada padanya?

    aku: ^_^ Bercintalahdengansetulushatidanmengikutsyariat.


0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »