• CATATAN SEPARUH PERASAN

    Saya telah diberi satu tanggungjawab hari ini. Mencipta senikata lagu melayu merdeka (lebih kepada lagu dakwah/nasyid). Mahu ketawa pun ada apabila mendapat panggilan dari seorang anggota kumpulan nasyid Iskandariah. Entah macam mana saya boleh bersetuju. Mungkin kerana masa untuk mereka berlatih agak sempit dan hari pertandingan pada PHMK pun tidak lama lagi (pertengahan Ogos nanti) membuatkan mereka buntu untuk mencipta lirik dan rentak sekaligus, lalu mencari alternatif lain mencari seorang pencipta lirik iaitu saya! .^-^.
    Saya menerima atas dasar menolong dan mahu juga mencuba sesuatu yang baru dalam dunia penulisan sebenarnya.

    Dalam hati tertanya-tanya , mampukah saya mengerah otak fikir saya untuk mencipta lima rangkap lagu tersebut dalam masa tidak kurang dari dua hari? Sebelum ini, saya cuma pernah mencipta bait-bait sajak dan ayat-ayat jiwang yang saya rakamkan dalam kisah-kisah fantasi dan realiti saya. Tapi kali ini saya perlu mencipta sesuatu yang di luar kebiasaan saya. Mungkin faktor utama saya menerima tanggungjawab itu kerana lirik lagu mempunyai bentuk yang sama dengan puisi. Cuma lirik lagu ini lebih mudah dan ringan sedikit dari segi pemilihan perkataan. Tidak perlu bombastik dan tidak perlu terlalu sastera. Apapun saya akan cuba.


    Aku: BolehLakuKeAgakagakNyaAlbumKaLauSemuaLaguDaLamtuAkuYangCiptA ;P

1 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »