• ANAK KEMBAR SAYA!

    Ini adalah Faqihah - kakak si kembar yang kecoh mulutnya.
    Ganti kakak dulu kerana foto adik-adiknya belum ada.

    Ya, si kembar sudah lahir! Saya sudah dianugerahkan sepasang bayi kembar lelaki 19 Julai lalu. Alhamdulillah! Sejak sekian lama dahulu memang saya tertunggu-tunggu kelahiran kembar ini. Sebenarnya bukan saya seorang, tapi seluruh ahli keluarga saya khasnya adik-beradik dan sepupu-sepapat saya. Masing-masing dengan tekaan masing-masing- itu zaman kanak-kanak yang terlampau suka berfikir tentang perkara yang di luar zaman- Cuma dari generasi ke berapa di luar bidang kuasa manusia. Hatta dari pasangan kembar lelaki sepupu saya sendiri pun bukan. Jadi siapa?

    Mengikut penelitian saya sendiri - dengan nada mengada-ngada seperti pakar saintifik lagaknya- ;Pasangan kembar pertama (kurang pasti tentang pasangan kembar sebelum generasi arwah wan) dalam keluarga saya dilahirkan dalam generasi arwah wan (datuk saya) iaitu Tok Cik kembar saya - pasangan kembar lelaki perempuan tidak seiras- Tapi anak-anak mereka sendiri tidak ada yang dilahirkan kembar walaupun cucu-cucu mereka.

    Tetapi pasangan kembar ke-2 selepas Tok Cik kembar saya itu, rupanya dari zuriat arwah wan dan tok saya sendiri. Kiranya saya mempunyai ibu saudara kembar tapi pasangan itu tak hidup lama. Kisahnya saya tidak ingat pada umur berapakah mereka meninggal dunia. Dah lama sangat 'interview' tok sampai tak boleh ingat.

    Pasangan kembar ke-3 dari generasi emak saya pula siapa ya? Emak saya bukanlah yang terpilih untuk beranak kembar. Oh, andainya saya yang dilahirkan kembar bagaimana ya! Hehe! Apapun syukru lillah kerana saya tetap dicipta Allah untuk lahir ke dunia menjenguk sebentar hidup sementara ini. Adik-beradik saya yang lain pun tiada yang kembar. Mak Ngah saya rupa-rupanya yang bertuah jadi ibu si kembar sulungnya. Kembar lelaki tidak seiras. Sudah berkahwin dan kedua-duanya jadi tentera - abang Long seorang TLDM dan abang Ngah seorang TUDM - mereka pun tiada anak kembar setakat ini. Dulu, ingatkan kalau sepupu kembar saya itu sudah berumahtangga, pastilah mereka akan dapat anak kembar. Itu cuma mentaliti saya ketika remaja. Biasalah kalau sudah terlebih pandai tentang sains. Semua itu dengan izin-Nya juga.

    Dan sekarang pasangan kembar ke-4 selepas mereka sudah lahir dari zuriat kakak saya. Kesimpulannya, setiap generasi dalam keluarga saya cuma seorang yang akan menjadi ibu/ayah si kembar.

    Oh, maaf! Saya bukanlah ibu bertuah yang melahirkan pasangan itu. Saya cuma ibu saudara mereka. Tapi... sekiranya saya yang ditakdirkan menjadi ibu sepasang anak kembar suatu hari nanti, saya sangat-sangat bersyukur. Huh! Berangan lagi! Sekarang pun terasa limpah kasih-sayang-Nya berada dalam keluarga saya dengan anugerah pahlawan kembar ini untuk ibu dan ayah mereka. Juga untuk saya yang merasa tempiasnya.

    Faid dan Faiq. Nama pilihan saya untuk mereka. Harapnya ada keber'Hasil'an dan ke'Istimewa'an dalam setiap sebutan nama si comel berdua itu sebagai doa.

    'Disanalah Zakariya berdoa pada tuhannya seraya berkata; "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab (katanya): “Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh.”

    (Ali Imran, 3: 38-39)

    Tunggu Alang balik ya, sayang-sayangku! ^_^

    Sedekahkan juga al-Fatihah untuk roh wan yang tidak sempat melihat wajah cicit kembarnya.

2 Lintasan Hati :

  1. nak jugak nak jugak nak anak kembar.jimat masa.klu lima kali bersalin dh dpt 1 team hehe.

    teringat masa kat mesir dlu klu makan buah mesti nak yg bercantum tp nnti kak iman ingatkan suh pisahkan dan bagi dia satu supaya sama2 dpt.klu tak akan dpt kembar siam katanya;)

  2. kalau ada rezki tu adalah laila..Allah nak bagi satu bonus yg xternilai tu. hehe! dah lama xnmpak @ makan apa2 buah yg kembar sekarang ;P

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »