• SESUATU DARI MASA SILAM II

    Ini adalah entri sesuatu dari masa silam saya yang kedua. Kembali membelek- belek almari telah menemukan saya dengan pelbagai benda. Yang berharga dan tidak berharga tetapi tetap punya nilai tersendiri. Apapun sesuatu dari masa silam yang inilah paling saya sayang dan berharga bagi saya. Dan saya gembira kerana mereka masih elok seperti dahulu. Tidak digerit tikus mahupun anai-anai.



    Ini adalah koleksi novel yang saya miliki sejak berusia 12 tahun bermula dengan novel penyiasatan kanak-kanak hinggalah beralih ke novel remaja dan dewasa. Koleksi ini semakin bertambah dengan koleksi novel dari kakak dan adik perempuan saya. Penyakit berjangkit agaknya.
    Bila dibelek-belek semuala, rasa mahu menghadam semula semuanya.

    Di bawah ini pula saya telah temui semula lukisan-lukisan saya satu ketika dulu. Masih elok tapi tidaklah sehalus lukisan pelukis-pelukis profesional yang lain. Waktu ini cuma saja-saja mengasah jari mencuba. Lepas tu tinggal buat kenangan. Hehe! Memang kenangan.



    Wajah-wajah dalam lukisan di atas seandainya ada kena-mengena dengan sesiapa, harap maaf kerana ia memang dilukis melalui orang yang saya kenali. ^_^

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »