• SEBUAH PUISI LAMA

    Sebenarnya sudah lama saya mencari puisi ini. Ini adalah sebuah puisi yang berusia lebih dari separuh abad (barangkali hampir 80 tahun) kalau tak silap saya kerana penulisnya Almarhum Amir Hamzah hanya sempat hidup ketika zaman perang dunia pertama dan kedua (1911-1946). Beliau lebih terkenal sebagai Raja Penyair. Saya pernah mendengar puisi ini didendangkan dalam irama yang syahdu dan menyedihkan nyanyian Latiff Mohidin dalam album Lagu Puisi Kekasih dan selepas itu terus menjadi kegilaan saya. Tapi nak cari lagu-lagu puisi sekarang susah mahu jumpa di internet. Nikmatilah bait-bait puisi cinta yang penuh mendalam ini. (^-^)

    PADAMU JUA

    Habis kikis
    segala cintaku hilang terbang
    pulang kembali aku padamu
    seperti dahulu.

    Kaulah kandil kemerlap
    pelita jendela di malam gelap
    melambai pulang perlahan
    sabar, setia selalu.

    Satu kasihku.
    Aku manusia.
    Rindu rasa.
    Rindu rupa.

    Di mana engkau
    rupa tiada
    suara sayup
    hanya kata merangkai hati.

    Engkau cemburu
    engkau ganas
    mangsa aku dalam cakarmu
    bertukar tangkap dengan lepas.

    Nanar aku gila sasar
    sayang berulang padamu jua
    engkau pelik menarik ingin
    serupa dara di balik tirai.

    Kasihku sunyi
    menunggu seorang diri
    lalu waktu—bukan giliranku
    mati hari—bukan kawanku.

    Dalam Kenangan ~ Amir Hamzah (1911-1946)~


0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »