Lama tidak menatap wajahnya hatta dalam foto-foto apa sekalipun sekitar empat tahun kebelakangan ini. Semoga Allah panjangkan usianya dan berbahagia selalu. Semoga Allah memurahkannya rezeki dalam segala hal. Semoga yang baik-baik itu semua untuknya di dunia dan akhirat. Dia adalah lelaki pertama yang muncul dalam hidup saya. Dia hero saya yang paling gagah. Saya rasa sayalah yang paling disayanginya daripada yang lain-lain. Hehe! - 'yang lain-lain' tu jangan ambil hati dengan ayat ini-
Biarpun saya agak lewat untuk mengucapkannya kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan di luar negeri Iskandariah ini, tarikh 15 Julai tetap dalam ingatan saya saban tahun. Membaca entri tentang hari lahirnya di laman kakak saya, membuat saya teruja seketika. Sebab ada gambar - gambar sekitar hari lahirnya. Amat bermakna buat saya. Walau tengah sarat mengandung si pahlawan kembar dan bakal dibedah kira-kira 4 hari lagi bermula dari tarikh ini, dia masih sempat keluar 'shopping' untuk meraikannya. Tapi yang pasti, biar jauh-jauh begini, pasta kiriman saya hujung bulan lepas menjadi hidangan buatan tangan kakak saya untuknya. Saya beli. Adik saya terbang bawa balik. Ibu mengandung yang masakkan. Dan semua orang boleh makan. Helwah awi, alaisa kazalik? Paling kurang ada jugalah nama saya di celah-celah walaupun cuma sebab beberapa bungkus pasta (^_^) - pasta dibeli banyak kerana ada peminat tegar pasta iaitu Cik Izzah dan Cik Faaqihah.
"Alang pun nak makan 'besday to u' jugak!"
Abah tengah 'ready' nak potong kek
(credit to : Story of us)
Empat hari lagi abah akan dapat hadiah yang kedua dari ibu mengandung. The twin of family! Harap-harap semuanya selamat.
Salam Ulangtahun Abah!
0 Lintasan Hati :
Catat Ulasan