• ADAKAH HATI IKHLAS YANG AKAN MENDOAKAN KITA?

    Seorang pengarah yang berjaya telah jatuh di kamar mandi dan akhirnya diserang penyakit lumpuh. Sudah tujuh malam dirawat di hospital di ruang ICU. Pada saat semua manusia terlelap dalam mimpi malam dalam dunia roh, seorang malaikat menghampirinya yang terbaring tidak berdaya.

    Malaikat memulakan pembicaraan, "Jika dalam waktu 24 jam ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu bererti kau akan meninggal dunia!"

    "Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah" katanya dengan yakin.
    Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

    Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya. Dengan bangganya si pengarah bertanya, "Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, Jumlah pekerja aku punya lebih dari seribu orang, Jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah".

    Dengan lembut si Malaikat berkata , "Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru tiga orang yang berdoa buatmu. Sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu".

    Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, malaikat menunjukkan layar besar seperti televisyen. Siapa 3 orang yang berdoa untuk kesembuhannya? Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada dua orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusyuk dan dia lihat ada titisan air mata di pipi mereka.

    Kata Malaikat, "Aku akan memberitahumu kenapa Tuhan mahu memberimu kesempatan kedua. Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu".

    Dia kembali melihat wajah isterinya yang sedang berdoa jam 2:00 pagi.
    "Tuhan, aku tahu kalau selama hidup suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya dan kalaupun dia memberi sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja, untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar di hadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri…"

    Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat.

    Melihat peristiwa itu, tanpa terasa air mata mengalir di pipi pengarah ini timbul penyesalan bahawa selama ini dia bukanlah suami yang baik. Bukan seorang ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

    Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi. Melihat waktu yang kian sempit semakin menangislah hamba ini. Penyesalan yang luar biasa. Tapi waktu sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa untuknya seramai 47 orang!

    Dengan sedihnya dia bertanya, " Apakah ada di antara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku yang berdoa buatku?"

    Jawab si Malaikat, "Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua kerana selama ini kamu mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.Dia tertunduk lemah dan pasrah andai malam ini adalah malam yang terakhir buatnya. Tetapi dia meminta sedikit waktu untuk melihat anak dan isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

    Air matanya bertambah laju ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan wajah isteri yang kelihatan lelah tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

    Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, "Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal kerana ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00".

    Dengan hairan dan tidak percaya, dia bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

    "Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim?" kata si pengarah perlahan. "Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu. Walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri".

    "Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah tujuh hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin bahawa orang yang sedang koma itu adalah kamu akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa untuk kesembuhanmu…"

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »