• TIDUR

    Imtihan bakal menjelang. Diri terasa semakin mandom! Tolong beritahu saya bagaimana mahu memugar rasa hati agar kembali segar bersemangat. Setiap hari bangun pagi celik mata, makan-makan dan buat apa yang patut (kadangkala kalau ada 'mood' tulis nota 'exam' sikit, entah bila mahu siap kalau asyik ikut 'mood' saja!) Adakalanya terlelap tanpa sedar.Agak aneh apabila musim bertukar, tidurnya makin menjadi-jadi! Letihnya pula terasa-rasa walau cuma berjalan ke Fathallah. Hakikatnya, tidur banyak daripada belajar. Mengetuk papan kekunci di depan komputer ini pun kadang-kadang menjadikan mata cepat mengantuk. Tak tahulah mahu dinamakan apa jenis mengantuk ini. Dahsyat betul! Inilah fenomena di ambang peperiksaan. Rajinnya lebih kepada yang lain daripada belajar. Entahlah, lazimnya memang begini ketika masuk ke musim panas. Malam singkat dan siang panjang. Siang, penat sikit sudah membuta apatah lagi malamnya yang memang untuk membuta. Ayuh, teman-teman seperjuangan! Sama-sama 'mencari dan menahan derita' dalam menongkah arus ombak peperiksaan pertengahan Mei nanti. Salam imtihan untuk semua siswa-siswi Al-Azhar..;)

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »