• BAHASA ITU JIWA BANGSA

    Sudah lama tidak bercerita di laman ini akibat kekangan masa menghadapi peperiksaan. Tapi saya tetap suka berkeliaran di blog teman-teman dan bukan teman tapi bukan musuh ^_^
    Terjumpa sesuatu di laman Santun Bahasa kepunyaan Profesor Emeritius Abdullah Hassan. Satu perkara yang sering diremehkan oleh sebilangan orang Melayu hatta anak-anak muda Melayu sendiri. Beginilah akibat kalau merasakan diri orang Melayu yang pandai berbahasa Melayu. Saya tidak ingin menyentuh sensitiviti sesiapa, tetapi jika berkait dengan soal berbahasa, Bahasa Melayu khasnya memang kita sebagai orang Melayu perlu memaksimumkan rasa sensitif. Bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa. Bahasa itu juga jiwa bangsa. Tak ada bahasa kita tidak akan tahu dari mana dia dan asal bangsanya. Itupun mahu lagi ditukar bahasa pembelajaran anak-anak Melayu di sekolah dengan bahasa lain. Sedang bahasa yang berakar umbi sejak lama dulu pun belum dikuasai sepenuhnya. Jangan memandang mudah dan remeh pada bahasa Melayu. Bahasa ini penuh kesantunan dan undang-undang yang perlu dipenuhi tatacara penggunaan pada setiap kalimatnya.

    Saya terkenang ketika zaman mengambil Sijil Pelajaran Malaysia dahulu. Ramai kawan-kawan yang kedengaran menyatakan bahawa: "B.M tak ada masalah, senang ja!" - "Kacang ja B.M tu..." dan lagi dan lagi. Sekali keluar keputusan tak ada pun yang dapat A. Jangan cakap besar ya kawan-kawan. Sepatutnya kita anak Melayu, tidak layak memiliki kredit B atau C, tetapi seboleh-bolehnya setiap orang daripada kita wajib A dalam subjek bahasa sendiri. Kenapa mesti ada anak bangsa lain yang dapat A dalam bahasa ibunda kita? Dalam konteks ini, ayuh kita contohi cara mereka. Apakah mereka bercakap besar atau sebaliknya? Dan saya sendiri akibat terlebih konfiden dalam subjek ini, cuma dapat C. Itu satu pengajaran dalam diri saya. Sampai sekarang jika saya membelek-belek kembali keputusan SPM, rasa sebal di hati masih berbaki kerana itu subjek yang paling saya suka ketika di sekolah.

    Sekurang-kurangnya kita perlu tahu cara mahu berbahasa dalam surat-surat rasmi atau sebarang majlis formal. Tak adalah terasa canggung mahu berbahasa di khalayak. Di bawah ini saya paparkan keratan artikel dari laman Profesor Emeritius Abdullah Hassan tentang kesalahan berbahasa dalam surat. Bukan mahu memalukan sesiapa tetapi sekadar satu perkongsian dan teladan. Lepas ni pakat-pakat belajar tulis surat rasmi ya! ^_^

    ~assalamualaikum,puan ainon,saya nak mintak tolong boleh,ada kerja kosong dak di pts?saya amat berminat bekerja di bahagian buku2.kalau ada kekosongan,boleh hubungi saya?saya amat berterima kasih,dah seharian saya cr kat online.tapi tak ada pun keje kosong,saya tak kisah sementara atau sepenuh masa,,harapnya,cuba dulu,saya boleh bertutur english,arab ckit2,saya lepasan matrik,tapi,ekonomi tak kuat.arwah ayah dah tak ada,jadi,sy nak kerja,itupun kalo ada,kalo tak,tak nape,saya view puan ainon je yg famous kalo cr keywords kedai buku,saya dah mintak spa kerja kat library,tapi susah gak nak dapat,cari kerja kat tadika,tu pun tak ada.—annas—-ini email saya,puan boleh reply kat cni yer.thanks.~

1 Lintasan Hati :

  1. Tanpa Nama berkata...

    Ya, mungkin karena itu

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »