• DIA DAN PELANGI

    Dia keluar mencicip udara segar walau dalam gerimis yang begitu menjentik hati. Dia gemarkan renyai Hujan begitu. Dia riang mendengar nada nyanyi rintik yang turun melopak tanah. Direnung Langit yang suram merintikkan gerimis dari Awan. Ada sendu di wajah Langit dan Awan yang begitu. Ada asap kelabu yang menembusi mereka. Serentak itu juga hatinya terasa basah. Basah-basah hati!

    Petang yang indah! Pelangi berkunjung ziarah. Mesra. Sekian lama Pelangi mengembara ke Bumi basah yang lain, akhirnya Pelangi tiba juga di mukim gurun bermusim ini. Pelangi dijemput Matahari jingga selepas gerimis mengorak hari. Pelangi tersenyum ramah pada seisi alam. Pada dia juga. Dia terus sahaja mengatur langkah sambil memesrai Pelangi. Dan Pelangi masih setia melontarkan senyuman yang penuh warna untuknya.

    Hatinya tersenyum. Entah mengapa, setiap kali Pelangi berkunjung selepas Hujan,
    dia akan terleka merenung hari. Indahnya andai dia bisa berjalan hingga ke kaki Pelangi. Lalu mendaki anggota tujuh warna separa bulat itu sambil dipayungi Awan gemawan yang halus zatnya. Wah, indahnya bila begitu! Berlari hingga ke jemari Pelangi. Meneroka Awan yang terkandung bola-bola cecair Mediterranean membiru.


    'Awan, kalau dapat kucapai maka saktilah hamba!'

    Dia tersengih mengingatkan monolog sebuah novel yang pernah dikuliti. Aduh, jiwanya kadangkala tersayat juga melihat tangisan Awan! Awan di sini jarang menangis. Namun sekali tangisannya berkumandang, ia begitu menyamankan mayapada dan seluruh umat walaupun dukanya terlalu lara. Bahang Matahari pula semakin pudar lewat musim panas yang ditinggalkan. Barangkali itu
    yang disedihkan Awan. Patutlah pada malam hari Langit tiada berBintang. Rupanya itu petanda Awan bersedih membendung rasa. Begitu juga kemarahan Laut yang membadai kerana dipaksa Angin untuk merubah iklim. Lalu pantai yang kaku menjadi mangsa. Terubah ukiran setiap liku di situ.
    Namun ketika Matahari itu tidak sehangat biasa bukan kerana dia menyisih diri dari hukum alam. Matahari cuma ingin mengizinkan Pelangi melukis warnanya di Langit dunia. Lantaran Pelangi tidak selalu ditemui di dada Langit, biarlah sesekali Pelangi itu pula memberi kucupan penuh warna untuk dunia. Meransang hidup manusia dengan nikmat warna-warninya yang memikat.

    'Paddle Pop! Wow! Paddle pop! Wow! Sungguh digemari!'

    Dia terkenang lagi. Kenangan sebuah iklan aiskrim Pelangi yang begitu menggugah jiwa kecilnya satu ketika dahulu. Betapa Pelangi begitu mempengaruhi hidupnya.
    Dia faham akhirnya setiap hikmah ciptaan yang terkandung. Di Langit yang dijunjungnya dan di Bumi yang dilantainya. Sepotong zikir syukur terungkap di bibir kerana dia masih diberi detik untuk menatap Pelangi yang indah. Pelangi petang!

2 Lintasan Hati :

  1. Tanpa Nama berkata...

    akak, lagu paddle pop tu cmnila, "Paddle Pop yeay Paddle Pop yeay,super duper yummy" ^_^

    lawa entri tu.msti dlm pc akak ade byk gmbr pelangi kan..boleh gerak2 plak tu.nak jugak nak jugak...:)

  2. nasib baik ada yg tau... dah tau itu bukan yg betulnye, main letak je ler pekataan yg rs sedap! haha!

    entri khayal xsedar diri kan,,mesti la lawa...

    mmg byk animasi pun dlm pc nih. ingt han ri je ke blh buat kartun gerak..kite pun blh! ;P

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »