• 28 Ramadhan 1429


    Ramadhan tahun ni berbeza dari tahun-tahun yang lain. Kalau tahun sebelum ini orang-orang di sekeliling saya semuanya diberi anugerah nikmat sihat dariNya. Dan saya tidak pernah ingin sesuatu yang buruk berlaku. Sebelum mengetahui berita ini, saya bermimpikan dia. Seperti biasa wajah garang dan kata-kata tajamnya menegur saya dan kakak dalam mimpi itu. Itu memang sifatnya biar di luar mimpi pun. Mungkinkah itu satu petanda? Esoknya saya menerima sms dari adik tentangnya.Saya jarang bertegur sapa dengannya biarpun kami tinggal sebelah menyebelah. Saya agak takut bertentang mata dengannya. Saja-saja mahu bersembang apatah lagi. Takut ada kata yang tersilap, ada langkah yang tersasul tika di depannya. Dia seorang lelaki yang agak degil, susah menerima pandangan orang mahupun anak cucu sendiri tapi bersemangat waja. Seorang yang gigih dari usia mudanya menyara sembilan orang anak biar susah mencengkam hidup hingga semuanya berjaya. Emak selalu bercerita perihal dia kalau ada masa-masa saya pulang ke kampung dulu. Itu dan ini. Dia paling pantang kalau anak cucunya terlalu bersosial. Kami diajar supaya berdisiplin dalam hidup, berjimat dengan wang dan jangan melawan orang yang lebih tua. Satu pepatah darinya yang tetap saya ingat...JIMAT CERMAT,FIKIR HEMAT! Itu prinsip yang dipegangnya dari muda. Walau saya bukan cucu kesayangan dan harapannya, saya sematkan semuanya di hati dan ingatan. Kata orang tua-tua itu ada betulnya biarpun kadang-kadang berlawanan dengan kehendak orang muda.
    Saat ini dia terlantar di hopital menderita ulser usus. Airmata laju tiba-tiba.. moga Allah merahmatinya untuk terus meraikan lebaran tahun ini dengan kami semua..

    Ya Rabb...tunaikan doaku ini!

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »