• SEBUAH KEMBARA


    Dalam kembara ilmu

    kau susur jalan berliku

    saat kau dongak merenung langit

    yang teguh berpayung

    kau sedar betapa ampuh

    pasakan kuasaNya yang terbenam

    dalam hamparan dunia.


    Kau guyur pandangan

    ke tanah yang dipijak

    menyaksi mampat bumi

    dalam lapisan seribu rahsia.


    Kau susur likuan ini lagi

    kadang ada duri memangkal kaki

    ujian menikam diri

    kau cantas dengan kilat belati di hati.


    Dalam menyusur jalan keilmuan

    penghujungnya nanti

    pasti kau temukan

    sinar kedamaian.

2 Lintasan Hati :

  1. FahdRazy berkata...

    Salam kunjungan. Teruskan berkarya!

  2. terima kasih atas kunjungan dan ransangan saudara fahd..:)

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »