• PERKAMPUNGAN BALKIS 2009 CERIA

    Wah, meriah betul bengkel kali ini! Sebetulnya saya agak teruja dengan program Unit Penerbitan dan Penerangan DPMI sesi ini. Bengkel Karikatur dan Komik Digital atau nama 'cute'nya BALKIS telah berlangsung dengan penyertaan yang memberansangkan. Selama dua hari (13 & 14 Oktober 2009) perkampungan BALKIS yang telah berkampung di Dewan Zajlatul Abidah banyak membuahkan hasil tangan yang berbakat. Empat orang tok guru yang kami jemput untuk memenuhkan otak semua orang kampung BALKIS ini dengan wajah-wajah kartun dan imaginasi warna-warna komik ialah kartunis dari grup komik al-Fityan (komik rasmi PMRAM) Saudara Nasrullah Che Halim a.k.a Lagenda Seni, Saudara Alias Chik a.k.a Alias Menoufiaz, Saudara Dr. Izzat Hadi (ketiga-tiga orang ini adalah kartunis) dan Saudara Mohd Fahmi (designer).

    Jom kita tengok foto-foto di sekitar perkampungan BALKIS yang penuh dengan misi dan visi kartun ini..^_^..




    HARI PERTAMA

    Gaya tersendiri Dr. Izzat selaku pembentang pertama menerima cenderahati dari Raisah DPMI

    Bengkel pertama dari Lagenda Seni yang mahukan semua peserta menguasai kemahiran melukis karakter kartun melalui teknik orang lidi

    Kartun kontot tapi comel dari Lagenda Seni ...^_^...

    Ini teknik terawal yang paling penting dan mudah!

    Suasana di meja pendaftaran ketika rehat yang serabai-hehe!


    Gelagat AJK di kawasan koperasi DPMI ketika rehat

    Peace! - hidupkan kartunis komik Islamik-
    Sementara tunggu tok guru datang semula semua sedang sibuk siapkan 'homework' kartun masing-masing


    HARI KEDUA

    Ustaz Fahmi sedang memantau peserta dalam slot aplikasi 'adobe photoshop'


    Ustaz Alias mengendalikan slot mengecat karikatur dengan teknik yang berkesan


    Kalau ada sumur di ladang,
    Boleh kita menumpang mandi,
    Kalau ada umur yang panjang,
    Tahun depan berjumpa lagi.

    Sekian.

6 Lintasan Hati :

  1. Syabas! Amat terkilan kerana tak dapat menghadirkan diri (nada mengada-ngada, hehe).

  2. Mengada sikit-skit x pe...;p
    Thanx,,tu pun dgn adanya pembimbing yang mantap.

  3. setiakasih berkata...

    bengkel kat Mesir ke? huhu

  4. ye,bengkel buat di mesir..hehe!

  5. Angah Faizah berkata...

    Zue, bestnya! Ni baru betul perkampungan. Tersedia dgn lap top dan peralatan lainnya. Rindu nian kp akhawat dan Dewan Zajlatul Abidah...juga program-program meganya. Alex...baldatun tayyibatun wa Rabbun ghafur!

  6. yep angah..amik ms jgk rancang nak bina perkampungan nih.hehe!akhawat alex la ni kbnykan dah ade laptop..klu bab2 katun n perisian adobe, memang meriah!alex dah ramai kartunis berbanding penulis..isk!isk!

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »