• SALAM LEBARAN 1433/2012


    Teman serumah sudah ke Kaherah menyambut raya di sana. Sudah berbuih dia mengajak saya untuk beraya di Kaherah tapi saya yang menolak. Menolak bukan kerana apa, kerana sekarang musim panas, jadi saya akan jadi sesak dada dan rimas berada di sana ketika musim panas. Kalau musim bunga atau musim luruh lainlah. Lebih sejuk dan nyaman sikit badan berjalan. Heee, saya rela dalam rumah saja kalau musim panas bermula!

    Sebenarnya terasa sungguh sedih kerana saya masih terpaksa menyambut hari raya di perantauan. Sedih bukan kerana apa, kerana saya menyambutnya seorang diri di rumah sewa ini. No rendang, no ketupat, no kuih raya, and no anything else about hari raya bila sendirian macam ini. Saat ini dalam peti sejuk cuma ada 3 biji telur ayam dan beberapa bungkus mee segera. Bedal saja! Janji ada makanan.  Ye dak?!  =_='

    Kawan-kawan baik saya ramai yang pulang ke tanah air menyambut raya ini bersama keluarga. Saya pula cuma bertemankan lappink ini. Hari-hari ia mengumandangkan lagu-lagu kegemaran saya termasuk lagu raya untuk memeriahkan dunia saya di sini. Hehe. Sudah macam orang gila lagaknya. Saya sudah biasa begini. Tapi apabila raya-raya begini di hati tetap terasa sayu mengingatkan kemeriahan beraya di kampung. Oh, kampungku! <^_^>


    Si Kandil Hijau,
    Alexandria.

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »