Wah, meriah betul bengkel kali ini! Sebetulnya saya agak teruja dengan program Unit Penerbitan dan Penerangan DPMI sesi ini. Bengkel Karikatur dan Komik Digital atau nama 'cute'nya BALKIS telah berlangsung dengan penyertaan yang memberansangkan. Selama dua hari (13 & 14 Oktober 2009) perkampungan BALKIS yang telah berkampung di Dewan Zajlatul Abidah banyak membuahkan hasil tangan yang berbakat. Empat orang tok guru yang kami jemput untuk memenuhkan otak semua orang kampung BALKIS ini dengan wajah-wajah kartun dan imaginasi warna-warna komik ialah kartunis dari grup komik al-Fityan (komik rasmi PMRAM) Saudara Nasrullah Che Halim a.k.a Lagenda Seni, Saudara Alias Chik a.k.a Alias Menoufiaz, Saudara Dr. Izzat Hadi (ketiga-tiga orang ini adalah kartunis) dan Saudara Mohd Fahmi (designer).
Jom kita tengok foto-foto di sekitar perkampungan BALKIS yang penuh dengan misi dan visi kartun ini..^_^..
Jom kita tengok foto-foto di sekitar perkampungan BALKIS yang penuh dengan misi dan visi kartun ini..^_^..
HARI PERTAMA
Bengkel pertama dari Lagenda Seni yang mahukan semua peserta menguasai kemahiran melukis karakter kartun melalui teknik orang lidi
HARI KEDUA
Ustaz Fahmi sedang memantau peserta dalam slot aplikasi 'adobe photoshop'
Ustaz Alias mengendalikan slot mengecat karikatur dengan teknik yang berkesan
Ustaz Fahmi sedang memantau peserta dalam slot aplikasi 'adobe photoshop'
Ustaz Alias mengendalikan slot mengecat karikatur dengan teknik yang berkesan
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun depan berjumpa lagi.
Sekian.
Syabas! Amat terkilan kerana tak dapat menghadirkan diri (nada mengada-ngada, hehe).
Mengada sikit-skit x pe...;p
Thanx,,tu pun dgn adanya pembimbing yang mantap.
bengkel kat Mesir ke? huhu
ye,bengkel buat di mesir..hehe!
Zue, bestnya! Ni baru betul perkampungan. Tersedia dgn lap top dan peralatan lainnya. Rindu nian kp akhawat dan Dewan Zajlatul Abidah...juga program-program meganya. Alex...baldatun tayyibatun wa Rabbun ghafur!
yep angah..amik ms jgk rancang nak bina perkampungan nih.hehe!akhawat alex la ni kbnykan dah ade laptop..klu bab2 katun n perisian adobe, memang meriah!alex dah ramai kartunis berbanding penulis..isk!isk!