Terkadang
aku ingin berlari ke momen silam
ketika kita begitu akrab
menaip aksara demi aksara
dan bait-bait cerita pun kita bina.
Terkadang
aku ingin lari dari masa silam
kerana di situ ada lecah emosi
yang terpercik ke muka dan
semua yang kita bina hilang ke mana.
Lalu kini,
beginilah aku
terus lelah mencari dirimu
dan aku yang dahulu.
17 Mei 2014
Kampung Baru.
0 Lintasan Hati :
Catat Ulasan