• UNTUK MEREKA YANG PERNAH GAGAL

    Gagal itu begitu meruntun rasa. Membuatkan diri menangis sendiri. Merobek hati lalu memaksa minda menjadi kacau bilau. Adakah apabila kita menghadapi kegagalan kita boleh berfikir rasional serta merta? Dalam emosi yang masih kabur, kita gagal menghitung butir-butir positif yang perlu diambil sebagai pedoman. Ketika itu kegagalan masih begitu segar menguasai minda. 'AKU GAGAL LAGI?' Entah berapa ribu kali perkataan itu melayang-layang di depan mata, di dalam hati, di ruang minda malah di sekitar kita.

    Sedarkah kita dalam gagal itu ada sesuatu yang luar biasa tujuannya. Ironinya, apa perkara sekalipun yang memerlukan penilaian dan pengamatan, nilailah dan amatilah bahawa kegagalan sebenarnya banyak mendidik kita dalam urusan seharian berbanding kejayaan.

    Kegagalan yang berlaku memang menyakitkan. Di tabir kejayaan itu sebenarnya ada kegagalan yang selalu menjadi pendorong pada kejayaan. Dan tahukah kita bahawa kejayaan itu bermula dari kegagalan? Andaikata tiada kegagalan maka kita tidak akan pernah tahu apa rasanya kecewa dan kemudian bangun semula. Dan kadangkala kejayaan itu bagaikan lupa daratan lalu merendah-rendahkan kegagalan tanpa mengenang kembali jasa kegagalan di sebaliknya.

    Kegagalan itu tidak pernah menjatuhkan maruah sesiapa. Ia hanya hadir kerana mahu mendidik jiwa, menyubur minda dan mahu kita merasa payahnya mencari satu kejayaan itu. Andai kata kejayaan bergolek sentiasa mendatangi kita, maka kita pasti akan lupa resam hidup yang dipenuhi duri sepanjang jalan. Sudah pasti kita cepat melatah apabila sesekali duri itu memangkal tapak kaki. Cuma sebilah duri yang mencucuk kaki, itu belum lagi kegagalan yang bertandang. Namun apabila kegagalan itu selalu hadir dalam diri, ia bukanlah tiket untuk mematahkan semangat apatah lagi untuk menyerah pada nasib semata-mata. Di antara kegagalan dan kejayaan itu ada usaha yang menjadi penghubung. Kegagalan itu juga adalah sebuah keberkatan sepertimana kejayaan itu. Yang membezakan kedua-duanya cuma penilaian terhadap mereka. Kegagalan bertamu sebagai peringatan untuk tidak leka dan bermalas-malasan. Manakala kejayaan itu hanya sebagai ganjaran kegagalan tadi. Untuk yang pernah merasai perit jerih kegagalan dan telah merasai kejayaan, jangan lupa menoleh seketika di belakang. Pandang sejenak pada kegagalan lalu, kerana dia yang telah banyak mendewasakan dan berbakti untuk kita menggenggam kejayaan pada hari ini.

0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »