• RINDU JALAN PULANG

    -Si sayap dua yang sunyi-

    Wah! Tahun ini ramai betul teman-teman yang akan pulang ke bumi hijau Malaysia. Sepasang mata saya ini hampir setiap hari menyaksikan kekalutan teman-teman yang sibuk membeli-belah dan membungkus barang-barang lama dan baru untuk diterbangkan bersama. Bohong kalau saya katakan saya tidak teringin berada di tempat mereka. Tiga tahun perjejakan saya di gurun sahara moden ini masih belum pernah menjanjikan apa-apa untuk saya pulang ke tanah kelahiran. Tiga tahun di sini dan tiga tahun jugalah saya meninggalkan segala-galanya di Malaysia. Mungkin ada lagi teman-teman seperjuangan saya yang lebih tahun dari saya. Lagi sedih kan! Apa yang saya buat seperti biasa dan setiap tahun cuba meringankan tulang membantu apa yang patut pada saat-saat akhir teman-teman saya di sini. Walau ada yang pulang kerana selesai pengajian dan tak kurang juga yang pulang bercuti mengambil angin baru dari Malaysia dan ada juga yang mahu menyambung pengajian di Malaysia atas desakan tertentu. Atas apa saja tujuan, mereka memang bertuah dan terpilih untuk menemui jalan pulang ke desa masing-masing.

    Dan saya seperti biasa pada setiap kali musim panas menjelma dengan pemergian seorang demi seorang teman-teman, cuba untuk menabahkan hati dan memujuk diri sendiri dengan kepulangan mereka.^_^. Entah bila boleh bertemu dan makan bersama semula. Bersua dan bertepuk tampar dalam bicara-bicara gaduh tapi mesra. Berkumpul dan tidur sebantal sambil berceloteh kisah-kisah lama. Aduh! Sudah pasti saya akan rindu semua kenangan itu nanti apabila objek raksasa udara bersayap dua itu mendarat dan menelan teman-teman seorang demi seorang nanti. (sudah ada pun yang ditelan awal-awal lagi) Yang pasti saya tidak mahu ke lapangan terbang kerana bimbang basah lantai lapangan nanti. Harapan yang tak pernah kunjung padam dari hati , moga teman-teman saya yang masih boleh menyambung pengajian di sini akan lebih tekal dan masih ada cinta di al-Azhar untuk baki-baki madah terakhir yang masih tergantung.

    Dalamilah serangkai kata-kata yang saya cipta untuk diri sendiri dan saya masih cuba merealisasikannya. Untuk yang memahami sahaja boleh mempraktikkannya. Kalau tidak anda boleh abaikan.

    Panas sejuknya hidup mengajar ketabahan dalam diri. Berkali dalam derita acapkali jua bahagia akan tiba. Percaya pada diri, apapun boleh dihadapi dengan izinNya walaupun rebah tersungkur sebelum ke garisan penamat.
    Salam Ramadhan al-Mubarak untuk semua!


    aku:sedihsebenarnyanaksambutrayanidahtakadesesapakatalex.


0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »