Seputar awal tahun baru ( Hijrah atau Masihi) ini saya agak ripuh dengan kuliah dan buku-buku. Asal saja masuk ke tahun baru Masihi, pasti hari-hari jadi kelam-kabut menanti peperiksaan dan membuat persiapannya. Alahai, inilah nasib seorang mahasiswi! Bukan saya seorang tapi ramai lagi yang seperti saya. Dan seputar dua minggu kebelakangan ini saya langsung tiada masa untuk berkarya. Sibuk ke kelas tutorial bersama kawan-kawan dan mula menulis nota-nota ringkas. Tapi saya tidak menjanjikan ini catatan terkahir saya sebelum peperiksaan kerana saya jenis mudah berubah hati. Jangan ada yang salah faham pula tentang tabiat saya ini. (sebenarnya suka buat sesuatu ikut keselesaan diri ..^-^..)
Mengulangkaji di dalam keadaan suhu pada paras 10-20 darjah celcius begitu mencabar mental dan fizikal. Aduh, memang takut dan berdebar-debar kalau-kalau tidak sempat menghabiskan semua muqarar buku. Tapi saya sudah berjanji pada diri, kali ini saya mesti bertahan sehabis baik kerana saya sudah di tahun akhir pengajian. Biar cuaca sejuk hingga tangan beku ataupun cuaca panas yang melampau tidak kira siang atau malam. Saya perlu cuba melepasi takuk lama. Mudah-mudahan ini tahun terakhir saya di sini. Mengingati suara emak tempoh hari seolah-olah dia mengharapkan kepulangan saya secepat mungkin walaupun dia tidak pernah berkata begitu pada saya. Ya, saya tahu saya sepatutnya sudah tidak perlu menjadi beban keluarga lagi. Orang lain yang seusia saya sudah ada gaji beribu-ribu tapi saya masih lagi merangkak demi mencapai sekeping ijazah. Jadi saya perlu cepat-cepat habiskan semuanya di sini! Hah! Terkenang pula kecindan nakal adik- adik saya supaya saya cepat pulang 'naik pelamin'. Entah siapalah di sebelah saya atas pelamin itu nanti. Beria-ia menyuruh sehingga kering taik telinga dibuatnya. (+__+) Biasalah dalam keadaan usia yang sudah suku abad ini, itu yang paling suka diungkit-ungkit orang. Mereka tak tahu apa rasa yang empunya diri ini. Jodoh itu pada saya sesuatu yang begitu misteri (macam dah tua sangat aku nih! hehe!)
Cukuplah rasanya saya membebel tentang perkara yang entah apa-apa ini. Ini adalah jadual peperiksaan semester I (musim sejuk) tahun 1431 Hirah/2010 Masihi bagi Fakulti Usuluddin Pengkhususan Tafsir Tahun 4 Universiti al-Azhar Cawangan Iskandariah, Mesir.

16/1/2010 - Dakhil Fi at-Tafsir
19/1/2010 - Manahij ad-Dakwah
23/1/2010 - Tauhid
26/1/2010 - Hadis Maudhuie
30/1/2010 - Mutasyabih al-Quran
Doakan mudah-mudahan ada kemudahan yang diberikan untuk saya ketika menghafal dan menjawab perperiksaan nanti. Untuk teman-teman sekelas saya di Iskandariah dan semua siswa-siswi al-Azhar, moga kalian juga akan dipermudahkan.
اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في الامتحانات و في الدنيا و الاخرة
buzz!!!
study tim2 sejuk la best..khusyuk ja rasa..bukn sruh lena la..
mmg sruh balik kwen cpt2 pon..x larat nak menolak dah..org dok mai tny rmi sgt.."bila dia nak blik??"
smpi kena boh banner la kat rumh..
"zuhaida x balik malaysia lagi..harap maklum!!"haha
selamat berimtihan..maan najah wa al-taufiq
ada yg nak kena pelekuk dgn tempurung nyioq nih...over acting betoi!