
Kau datang padaku seperti biasa
Kusambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Kutahu ada sesuatu yang berbeza.
Kau hanya diam seribu bahasa
hanya matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu.
Cuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua.
Menangislah!
Kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia.
Menangislah!
Dibahuku kau berikan ku kepercayaan
bahawa laramu adalah haru-biruku
kerana ku adalah sahabatmu.
Menangislah!
Menangislah di bahuku, ku di sini untukmu.
Menangislah di bahuku, kerana ku sahabatmu.
Menangislah.
~Menangislah Di Bahuku~ Firdaus
0 Lintasan Hati :
Catat Ulasan