"Hujung tahun ni mak suruh balik terus...!" Ayat itu kedengaran agak janggal di telinga saya. Tak tahulah kenapa. Saya cuma tersengih memandang orang yang menuturkan. Kunjungannya ke Mesir baru-baru ini membuatkan saya begitu teruja. Adik lelaki saya yang seorang itu memang gemar menjentik hati saya begitu. Saya cuma mendengar tanpa menjawab apa-apa. Saya tahu, emak tak pernah pun cakap begitu. Lebih sudu dari kuah. Suka menyakat!
Lihat saja jadual peperiksaan saya yang baru selesai ini
- kotak ketiga dari kiri@kanan - agak menggerunka
n.
Oh, pedulikan kata-kata seperti itu, Zuhaida! Dan saya tidak berminat untuk melanjutkan perenggan di atas. Hehe! Apa yang saya tahu, sekarang sudah hampir hujung Jun. Peperiksaan semester akhir di tahun akhir pengajian saya sudah berakhir. Saya belum memikirkan pasal kotak kargo, barang-barang apa yang akan dikargo, barang-barang apa yang mahu dibeli apabila pulang ke Malaysia, konvokesyen dan seangkatan dengannya. Semua itu bukan di fikiran saya! Sungguh bukan! Yang saya tahu saya masih di bumi pinggir Laut Mediterranean dan masih lagi menjalani hari-hari saya seperti percutian musim panas empat tahun yang lalu. Saya cuma memikirkan bagaimana keputusan peperiksaan saya nanti selepas sebulan di dalam mujahadah airmata imtihan. Dan lagi, yang kalut di fikiran saya adalah persiapan mental dan fizikal yang perlu saya dakap kemas-kemas apabila keputusan itu keluar nanti dengan sebarang kemungkinan yang tak terduga. Oh, saya tak mahu bercakap lebih! Dalam debar yang kadangkala menguji rasa jiwa itu, banyak perkara negatif yang muncul. Teruk betul rasanya! Hanya yang tahu rasa itu merasa apa yang saya rasa. Oh, Tuhan!
Nota subjek Usul Fiqh
- antara subjek paling 'ramai' silibus dan babnya-
Ini meja belajar saya di ruang tamu kediaman saya.
Cuma khas untuk saya. Ngeee~~~
Kelihatan bungkusan nota periksa
dan kitab-kitab kuliah di atasnya.
Jendela bilik saya yang agak terhad. Tapi masih boleh memandang bulan dan bintang. Juga tempat saya merenung langit setiap kali lepas solat. Merenung langit itu mampu meningkatkan estim diri tanpa sedar. Cubalah!
Dan roti bersalut coklat yang lazat
berharga LE 3. Hingga menjilat jari...!
Ini pun tempat belajar saya. Selimut kotak merah 'serbaguna' yang setia menemani saya dari Malaysia ke Mesir. Dan yang terbuka itu kitab Tafsir Maudhu'ie. Sungguh 'sengal' kerana saya masih berani mengintai Beruk di sebelahnya. Ketika menghayati Beruk di halaman 40-51, airmata saya tiba-tiba saja mengalir!
Ini juga tempat 'study' saya! Heee...! Bekas hijau itu memang perlu ada di sisi saya terutama ketika musim sejuk. Musim panas saya tak pandang pun. Tapi kalau tak ada dia, tak boleh duduk. Mengada-ngada pun ada bunyinya kan..!
Talian hayat saya selain handphone .
Agak berserabut kerana tak sempat kemas.
Bila agaknya ya nak rasa guna lappy pulak.
Sesiapa yang berkenaan, sila ambil perhatian tentang ayat di atas ya.
Walaupun kekasih saya ini agak berusia tapi saya tak kisah.
Bukankah cinta itu tak mengenal usia! (^-^)
Dalam kelas tengah menanti pensyarah.
Pelajar arab tak kelihatan kerana ini adalah perjumpaan
di antara pensyarah dan pelajar asing sahaja.
Bittaufiq wan najah untuk semua!
You all are so sweet...!!!! ^_^
mak y kata la sruh balik..haha3...ni...y selimut kotak merah tu y kacau study sebenarnya....malu kat org aeh tunjuk selimut..
jadi lapik dok bc bku ja pun..dia xkacau.nak malu apa plk. ada lg satu xtunjuk..bantai peluk bujur yg kaler biru muda tu..lg syg! selimut merah tu n bantai peluk biru tu la dok teman k.tam kt mesir ni tau!