• SAYEMBARA MENULIS PUISI TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

    (Borang ini boleh dimuat turun untuk menyertai sayembara ini)

    Sayembara Menulis Puisi Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. 

    1. TUNJANGAN DAN PENYELENGGARAAN 
        Sayembara ini ditunjangi sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan diselenggarakan oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA). 

    2. TEMA 
        Tema yang ditetapkan untuk sayembara ini ialah ‘CITRA TERENGGANU.’ 

    3. KETERANGAN 

        Sayembara menulis puisi yang dimaksudkan adalah sayembara menulis puisi moden (sajak) yang bebas bentuknya. Tajuk puisi juga adalah bebas dan perlu ditetapkan sendiri oleh penulisnya. Walau bagaimanapun, sesuai dengan tema yang ditetapkan, sayembara menulis puisi ini lebih menjurus kepada melahirkan inspirasi dan aspirasi 'Terengganu dalam puisi' yang bebas cakupan pengkaryaannya. 

    4. HADIAH

        Hadiah yang ditawarkan untuk sayembara ini adalah sebagaimana berikut :- 

        Satu Hadiah Pertama - Wang Tunai RM2,000.00 
        Satu Hadiah Kedua - Wang Tunai RM1,500.00 
        Satu Hadiah Ketiga - Wang Tunai RM1,000.00 
        Lima Hadiah Saguhati - Wang Tunai RM500.00 setiap satu. 

    6. SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN 
    (i) Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia, di mana sahaja mereka berada kecuali Ahli Jawatankuasa Penyelenggara dan Ahli Jawatankuasa Penilai serta kaum keluarga mereka yang terdekat. 

    (ii) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Urus Setia. Salinan fotostat borang adalah dibenarkan dan diterima oleh penyelenggara. Bagaimanapun, tanpa menggunakan borang, peserta boleh mengepilkan maklumat sebagaimana yang diperlukan (seperti dalam borang penyertaan) dan mencatatkan maklumat berkenaan di atas sekeping kertas berasingan.. 

    (iii) Borang penyertaan yang lengkap diisi atau maklumat lengkap berkenaan perlu dikepilkan bersama puisi yang dihasilkan dan dihantar kepada Urus Setia sayembara sama ada melalui pos atau melalui emel. 

    (iv) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 DISEMBER 2012. Hasil karya yang diterima selepas tarikh berkenaan tidak akan dipertimbangkan. 

    (v) Pihak penyelenggara tidak akan bertanggungjawab terhadap kiriman yang tidak sampai atau rosak dalam perjalanan. Bukti pos tidak akan diterima sebagai bukti penyertaan. 

    (vi) Penyertaan percuma. Walau bagaimanapun, sebarang kos yang berkaitan dengan penyertaan sayembara ini adalah tanggungan sendiri.

    (vii) Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) buah puisi ciptaan sendiri sahaja. Penyertaan yang diterima lebih daripada satu akan ditolak kesemuanya. 

    (viii) Puisi yang dikirim untuk dinilai hendaklah bertaip dan menggunakan bahasa Melayu dan ditaip atas kertas putih berukuran A4 menggunakan fon 12 (jenis fon: Arial atau Times New Roman). Peserta dilarang menulis nama pada kertas / helaian karya yang dikirimkan. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan / maklumat penyertaan sahaja. 

    (ix) Puisi yang dihasilkan dan dihantar untuk dinilai dalam sayembara ini mestilah belum pernah dipertandingkan, memenangi sebarang hadiah atau disiarkan atau diterbitkan dalam mana-mana media (cetak, elektronik, laman sesawang dan sebagainya). 

    (x) Puisi yang dihantar untuk menyertai sayembara ini mestilah karya asli, bukan terjemahan, saduran penyesuaian atau apa-apa pengertian yang boleh menyebabkan karya itu tidak asli. 

    (xi) Semua penyertaan yang menyertai sayembara ini menjadi hak milik sepenuhnya penyelenggara dan penyelenggara berhak menyunting, meminda, menerbitkan semula, mencetak atau mempamerkan hasil karya tersebut tanpa meminta izin daripada peserta terlebih dahulu. 

    (xii) Penyelenggara akan melantik panel penilai bebas untuk menilai semua penyertaan. Keputusan panel penilai adalah muktamad. 

    (xiii) Penyelenggara berhak menolak setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan keputusan panel penilai adalah muktamad. Sebarang bantahan dan surat menyurat selepas penghakiman tidak akan dilayan. 

    (xiv) Hal-hal yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat di atas adalah di bawah bidang kuasa penyelenggara yang menentukannya. 

    (xv) Sebarang pertikaian dan kekeliruan dari segi istilah dan pelbagai perkara lain (jika ada) dalam syarat dan peraturan ini hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Penyelenggara. Tafsiran dan penjelasan yang diberikan oleh Jawatankuasa ini adalah muktamad. 

    (xvi) Sebarang pertanyaan berkaitan sayembara ini bolehlah diajukan kepada Urus Setia sayembara, Abdul Mubin Ismail (019-9532200) atau Kamarulzaman Ismail (017-9660538) 

    (xvii) Penyertaan yang dipertandingkan dengan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

    Urus Setia, 
    Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu, 
    Persatuan Sasterawan Terengganu, 
    Peti Surat 77, 
    20700 Kuala Terengganu, 
    Terengganu Darul Iman.

    Atau emelkan kepada:-  mubin2200@yahoo.com / mubin2200@gmail.com / cikgukz@gmail.com 
    selewat- lewatnya pada hari Sabtu,  15 Disember 2012.


0 Lintasan Hati :

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »