Natijah oh natijah! Kalau tidak silap Universiti al-Azhar Iskandariah antara yang terawal mula mengeluarkan keputusan peperiksaan iaitu Tahun Empat Syariah wal Qanun seawal 17 Julai 2009 yang lalu. Tapi tiba-tiba gempar kerana pihak kuliah menyekat keputusan peperiksaan yang masih berbaki kerana ramai pelajar wafidat Malaysia yang tidak menjelaskan sejenis yuran yang bernama rusum riadhah sebanyak LE10. Walaupun seorang tidak menjelaskan yuran tersebut, akan menyebabkan keputusan peperiksaan tahun kuliah yang terbabit tidak akan diketahui.
Setakat ini keputusan fakuliti-fakulti yang sudah selamat ditampal adalah Tahun 1 Usuluddin, Tahun 2 dan 3 Syariah, Tahun 1 dan 3 Bahasa Arab dan Tahun 3 Syariah wal Qanun (misriyeen). Yang selebihnya masih dalam 'tahanan'. Petang kelmarin para pelajar Malaysia secara kebetulan mengerumuni kuliah untuk 'merayu' mana tahu keputusan boleh ditampal selepas berbincang tapi hampa kerana kata staf kuliah yang bertugas, keputusan akan ditampal pada minggu hadapan dan bla bla bla memberi alasan yang kurang logik.
Malas bertekak kerana puteri-puteri Iskandariah ini baik belaka dan pulang dengan hati yang sebal. Dalam hal ini yang paling kasihan adalah pelajar-pelajar Malaysia tahun empat kerana mereka bakal menduduki peperiksaan tasfiah sekiranya didapati mereka gagal dua subjek pada bulan depan. Pihak kuliah pula meragam macam ini. Setiap tahun kuliah ini akan meragam dengan ragam yang pelbagai. ^_^

Apapun terpaksa juga tunggu minggu hadapan kalau betul keputusan akan diumumkan sepenuhnya. Moga kejayaan seiring dengan penantian yang penuh dugaan ini. Amin!
ingatkan perut je kak yg boleh meragam he3
habla2 kat alex ni mmg kurang asam.