• CUCOQ JUAI!

    Wah, tajuk entri beria benar kan! Memang beria pun, sebab inilah kali pertama seumur hidup saya buat cucoq juai sendiri. Sebelum ini, sejak dari kecil sampai dah besar panjang ni, saya cuma tolong mak saya buat cucoq saja. (Baca bagi yang tak faham: Cucur/kuih). Kira saya ini membesar bersama kuih jualan mak lah untuk sara hidup kami sekeluarga, selain daripada abah yang berkerja sebagai pemandu bas satu ketika dahulu. Dan saya dah lali kalau tengok cucoq, tak ada keinginan pun nak makan sebab senang dapat bila di rumah. Tak payah susah-susah beli kerana boleh buat sendiri. 

    Kuih apa mak saya tak pernah buat? Karipap biasa, karipap pusing (orang Pantai Timur panggil 'karipap putar'), onde-onde, cucur badak, kuih lopis, kuih lapis, ketayap dan banyak lagi kalau nak sebut. Baru perasan makanan Malaysia memang banyak dan lebih bervariasi dari negara-negara lain terutamanya Mesir. Orang Melayu memang kreatif mencipta resepi kan. 

    Nak dijadikan cerita Khamis 8 haribulan baru ini, seorang kawan saya yang sedang sarat mengandung minta saya buatkan kuih untuk satu rombongan pelajar Perubatan Iskandariah yang akan ke lawatan sekitar Kaherah pada lepas subuh Jumaat esoknya.  Ini kira macam tender la, sebab suami dia Ketua Pelajar Malaysia di Iskandariah dan kena uruskan kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan pelajar Malaysia di sini termasuk sekiranya ada program lawatan macam ini. Saya pun mula-mula malas nak terima sebab tak pernah buat jual selama ini. Kalau buat pun cuma untuk makan sesama housemate saja. Malas + tak pandai bajet barang + takut rugi sebab tak laku, maka memang tak buatlah jawabnya. 

    Lepas itu, kesian pula pada dia, saya pun terimalah. Saya fikir nak buat satu kuih pedas dan satu kuih manis = karipap dan kuih kerialah dalam idea saya sebab bahan mudah dapat. Untuk 70 orang makan sarapan atas bas. Saya pun mula mencari barang-barang buat kuih petang Khamis itu. Nervous jugalah takut tak jadi dan tak sempat siap apa semua. Maklumlah tak pernah buat jual. Mak saya kalau tahu ini, seronoklah dia sebab ada pewaris buat kuih jual macam dia. Dah lama mak suruh saya jalankan bisnes buat kuih jual selama di Mesir, tapi saya malas cara. Nak mengaji lagikan. Lagi satu saya bukan orang yang berotak bisnes. Saya malas, malas dan malas! Tapi sekarang, memandangkan kesian pada kawan saya yang mengandung itu, dan saya pun free cuma menunggu keputusan periksa akhir keluar saja, saya pun setuju. 

    Kawan saya yang mengandung ni rupa-rupanya ambil tender masak makan tengah hari dan malam untuk rombongan tu! Mak ai, perut dia dah 9 bulan tau, tapi semangat nak berbisnes! Makan berat pulak tu. Kakitangan tak ramai, cuma housemate saya berempat dan suaminya. Dah beli barang separuh untuk menu nasi+ayam merah (tengah hari)+ayam kicap (malam), tiba-tiba kawan saya yang sarat tu rasa macam dah sampai masa nak bersalin petang itu. Waduh waduh, kok gawat! Maka untuk semua menu, diamanahkan kepada kami berempat. Dari sarapan sampai makan malam! Kami redha saja, apa nak buat. Tolong kawan punya pasal.

    Dalam hati saya menyesal pulak sebab pernah terkeluar gurauan macam ni pada dia : "Syila boleh ka buat masak-masak ni, sat gi tengah-tengah dok masak terbersalin pulak!" 

    Ha, tengok! Masin pulak mulutku. Dan malam kami tengah bergelut dengan aktiviti masak-memasak itu, 8 November pukul 10.30 malam selamatlah Syila melahirkan putera keduanya di Hospital Al-Ahram, Iskandariah, Mesir. Nama diberi Ahmad Lutfi. Sangat comel, chinese look! Syurulillah! Kata Syila, Ahmad Lutfi ikut wajah almarhum datuknya. Wajah kembali pengganti tokwan!

    Ha, berbalik pada kami satu rumah yang berempat orang ni, memang kelam kelibut memasak. Mesin karipap yang saya pinjam dari seorang kawan baru dapat dalam pukul 12 malam sebab tak ada orang yang boleh ambil cepat. Kuih keria memang dah dalam proses cuma belum goreng. Dalam masa yang sama, housemate lain-lain baru sibuk nak goreng ayam dan tanak nasi. Sangat lambat mula projek sebab banyak barang yang tak dibeli lagi dan suami Syila memang tak cukup masa nak beli semuanya. Hari itu, memang saya perasan suaminya sangat banyak urusan, kesian pun ada. Nasib baik ada dua orang kawan suaminya yang sudi tolong ringankan beban. Tapi kami mula memasak memang sudah lambat, bersabit masalah tong gas tak boleh pasang dan macam-macam lagi. Sungguh tak diduga kami yang kena buat semua itu. Ikut plan asal, saya dan housemate buat kuih saja. Memang kami tak tidur malam itu. Subuh pukul 5 pagi, lepas subuh kena konfem siap. Tawakkal kena tinggi habaq hang!

    Saya pun mulalah mencanai karipap dan akhirnya siap untuk digoreng dan dibungkus dengan kuih keria. Kuih keria ni pulak ubinya jenis lembik, kalah sotong! Agak susah nak buat bentuk. Akhirnya kuih siap digoreng pun dalam pukul 4-5 pagi jugaklah. Nasi pula, agak lambat sebab periuknya agak kecil dan kena ulang masak sekali lagi (70 orang X 2 kali makan = 140 bungkus). Jenuh jugak menunggu nasi masak. Lepas setel kuih-kuih tu, saya tolong pulak yang lain-lain packing nasi. Pukul 7 pagi baru boleh lepas semuanya siap. Memang sangat kesal dengan segala kesulitan sebab lambat siap packing makanan. Lagi pulak kami berempat memang tak pernah masak dalam jumlah yang banyak macam ini, so memang beginilah jadinya. Bidan terjun!

    Apa pun saya enjoy sebab dapat jugaklah untung jualan kuih pertama saya ni tapi sangat penat kalau handle 100%. Macam ginilah gamak penatnya mak saya berniaga kuih selama lebih 30 tahun sampai sekarang. Kau ad0!

    Inilah karipap gue kelim sendiri! Nampak dalam gambar ini kecil tapi sebenarnya besar-besar. Nak bagi kenyang sekali makan, kan. Karipap sebiji + keria sebiji setiap bungkus, sebab tu buat besar-besar. Gambar kuih keria tak sempat snap sebab bergelut untuk siapkan gulanya sebelum masuk plastik. Masa dah suntuk!






    Ini bahan tumisan untuk dibuat kuah ayam sambal dan masak kicap. Masak dalam rumahlah jawabnya. Nasib baik rumah sewa ni luas jugak ruang depannya.

    Kelihatan ayam yang digoreng separuh masak sedang bergolek-golek dalam talam. Ada lagi yang tengah dan belum digoreng ni. Dalam bakul merah (actually bukan bakul tapi tudung saji, wakaka!) di sebelah tu karipap yang sedang ditos minyak.

    Tadaa...! Inilah dia Ahmad Lutfi bin Muhamad Hafiz.


    Habis saja projek masak-memasak, rumah yang macam dapur restoran dah tak dipedulikan. Semua pakat terkedang atas katil, peluk bantal banyak-banyak, selimut kemas-kemas dan Zzzzz....
    Wassalam.

    Si Kandil Hijau, 
    Alexandria, Egypt.

8 Lintasan Hati :

  1. Salam, ziarah. Teruskan menulis.

  2. sufi berkata...

    Assalamualaikum kak,

    Saya tak pasti kita pernah bersua atau tidak. Sy belajar alex juga. balik 2007. suka baca blog akak :)

  3. sufi berkata...

    Saya muadalah dari kusza. tahun 2005. ada sorang lagi kawan saya yang masih belajar di sana. Mungkin akak kenal dia. terima ksih singgah blog sy ^_^

  4. Sufi, siapa ya nama kawan sufi tu? Sufi asal dr mana?

  5. sufi berkata...

    nama kawan saya 'Cantik'. Dari Terengganu. Akak bleh ajar saya bagaimana nak buat penulisan kreatif? Saya tulis skrg ikut kepala je.

  6. oo0..Jamilah ya! Kenal sgt. House mate akak la tu. La, xsangka si Milah. Tak lama dah dia nak balik tu, baru je lepas exm dia.


    Akak ni tak pandai sgt pun menulis kreatif tp sbb minat mendalam, jadi bila nak menulis tu, nak jgk buat sesuatu cerita tu menjadi dan siap w/pun sikit. hehe.
    nak menulis kreatif, kena banyak baca karya kreatif dr penulis2 yg mantap. Perhati dan kaji corak penulisan dorang. Yg tu lah akak buat selama ni. Nnti insyaallah akak kongsikan sikit tips2 nya sekadar yg boleh di blog ni. Insyaallah.

  7. sufi berkata...

    ya. pandai akak. hehe...

    ok juga tu. saya pun dah jd follower akak. bila akak update, mesti saya singgah. Alhamdulillah ^_^

  8. Hehe. Terima kasih.

TERIMA KASIH

Awas!

Dilarang sebarang aktiviti plagiat ke atas artikel di dalam laman ini. Jika itu berlaku, perlu meminta keizinan daripada pemilik laman ini terlebih dahulu.

Si Kandil's bookshelf: read

Manikam Kalbu
Bedar Sukma Bisu
Surat-Surat Perempuan Johor
Daerah Zeni
Dari Salina ke Langit Petang
Bahlut
Lagi Cerpen-Cerpen Underground
Beruk
Seorang Tua di Kaki Gunung
Tukcai
Badai Semalam
Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Kau yang Satu
Juzuk
Panji Semirang
Bagaikan Puteri
Hijab Sang Pencinta
Nota Cinta Buatmu
Cinta Pertama
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Si Kandil Hijau's favorite books »